. DASAR PRIVASI .

Dasar Privasi ini ditulis untuk memaklumkan anda tentang amalan kami berkenaan, pungutan, penggunaan dan pendedahan terhadap maklumat yang anda mungkin akan kongsikan melalui Aplikasi ini. Sila pastikan anda membaca keseluruhan Dasar Privasi ini sebelum menggunakan, atau menyerahkan maklumat, melalui Aplikasi. Aplikasi ini bertujuan untuk penggunaan warganegara Malaysia.

Keizinan Anda
Dengan menggunakan Aplikasi ini, anda bersetuju dengan terma dan syarat Dasar Privasi. Apabila anda menyerahkan maklumat melalui Aplikasi ini, anda memberikan kebenaran terhadap pungutan, penggunaan, dan pendedahan maklumat sempena dengan Dasar Privasi ini.

Berkenaan Kanak-kanak
Aplikasi ini tidak menyasarkan penggunaan oleh kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Kami tidak akan secara sengaja mengumpul maklumat daripada pelawat-pelawat daripada kumpulan umur tersebut. Kami menggalakkan ibu-bapa untuk menerangkan kepada anak-anak mereka mengenai penggunaan Internet dan maklumat yang mereka kongsikan dengan Aplikasi tersebut.

Pungutan Maklumat Aktif
Seperti kebanyakan program, Aplikasi ini secara aktif mengumpul maklumat daripada pelawat-pelawat melalui jawapan spesifik yang anda berikan dan membenarkan anda untuk berkomunikasi secara langsung dengan anda melalui e-mel, borang maklum balas, dan/ atau bilik bual. Sesetengah maklumat yang anda kongsikan mungkin boleh dikaitkan secara unik kepada anda (iaitu maklumat yang boleh dikaitkan secara peribadi kepada anda seperti nama penuh, alamat persuratan, e-mel, nombor telefon, dan sebagainya).

Sesetengah bahagian Aplikasi mungkin memerlukan anda untuk menyerahkan maklumat supaya anda mendapat faedah daripada ciri-ciri spesifik (seperti langganan buletin dan petua/ panduan-panduan) atau menyertai sesuatu aktiviti (seperti kaji selidik dalam talian). Anda juga akan dimaklumkan pada setiap saat pungutan sama ada maklumat yang diminta adalah wajib atau merupakan pilihan.

Pungutan Maklumat Pasif
Semasa anda melayari Aplikasi, sesetengah maklumat boleh dipungut secara pasif (yang mana, dikumpul tanpa penglibatan perkongsian maklumat anda secara aktif) menggunakan pelbagai teknologi dan cara, seperti alamat Protokol Internet, Kuki, Tag Internet, dan pungutan data pelayaran.

Aplikasi kami menggunakan Protokol Internet (IP). Alamat IP merupakan nombor yang diberikan kepada komputer anda oleh Pembekal Khidmat Internet supaya anda dapat melayari internet dan secara amnya dikira sebagai maklumat tidak bersifat peribadi, kerana pada kebanyakan masa alamat IP merupakan sesuatu yang bersifat dinamik (berubah setiap kali anda melayari internet), dan bukannya statik (unik kepada komputer peribadi pengguna). Kami menggunakan alamat IP anda untuk mengenal pasti masalah-masalah dengan server kami, melaporkan agregat maklumat, mengenal pasti jalan terbaik untuk komputer anda berhubung dengan laman kami, dan mengurus dan penambahbaikan laman.

Maklumat Lanjut mengenai Kuki
“Kuki” ialah bit maklumat yang ditambah oleh Aplikasi kepada pelayar Web anda untuk membantu laman mengingati maklumat mengenai anda dan keutamaan anda.

"Sesi" kuki adalah bit sementara maklumat yang dipadam sebaik sahaja anda keluar dari tetingkap pelayar web anda atau apabila menutup komputer anda. Sesi kuki digunakan untuk meningkatkan pelayaran pada Aplikasi dan untuk mengumpul agregat maklumat statistik. Aplikasi ini menggunakan sesi kuki.

Kuki "Persistent" ialah bit tetap maklumat yang diletakkan di dalam pemacu keras komputer anda dan bersifat kekal melainkan dipadam. Kuki Persistent menyimpan maklumat pada komputer anda untuk beberapa tujuan, seperti mendapatkan maklumat tertentu anda sebelum ini telah disediakan (seperti kata laluan), membantu untuk menentukan bahagian laman yang diminati, dan secara berterusan menyesuaikan laman web ini berdasarkan pilihan anda. Kuki Persistent dipasang oleh Aplikasi pada komputer anda boleh menyimpan maklumat peribadi, tetapi hanya jika anda telah mendaftar atau sebelum ini telah bersetuju dengan pengekalan maklumat peribadi yang boleh dikaitkan dengan anda, yang anda berikan di laman web kami. Jika tidak, pelayan laman web kami hanya dapat mengesan bahawa pelawat yang tidak dikenali dengan kuki anda telah kembali ke laman web ini.

Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menerima semua kuki, menolak semua kuki, atau memberitahu anda apabila kuki ditawarkan supaya anda boleh membuat keputusan sama ada untuk membenarkannya setiap diterima. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kuki dan bagaimana untuk menentukan pilihan anda, sila cari "cookie" dalam bahagian "Help" pada pelayar anda.

"Tag Internet" (juga dikenali sebagai piksel-tunggal GIF, GIF jelas, GIF tidak kelihatan, dan GIF 1 demi 1) adalah lebih kecil daripada kuki dan memaklumkan pelayan Aplikasi seperti alamat IP dan jenis pelayar yang berkaitan dengan komputer pelawat. Kami tidak menggunakan Tag Internet pada Aplikasi.

"Data Navigasi" ("fail log", "log pelayan," dan "clickstream" data) digunakan untuk pengurusan sistem, meningkatkan kandungan laman web ini, untuk tujuan penyelidikan pasaran, dan juga untuk menyampaikan maklumat kepada pengunjung. Aplikasi ini menggunakan data pelayaran.

Penggunaan dan Pendedahan Maklumat
Kecuali dinyatakan, kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk memperbaiki kandungan laman kami, untuk memperibadikan laman mengikut keutamaan anda, untuk berkongsi maklumat kepada anda (jika terdapat permintaan daripada anda), untuk tujuan pemasaran dan kajian,  untuk menghantar sampel promosi dan pemasaran yang berkaitan tentang barang-barang Kimberly-Clark kepada anda dan untuk tujuan yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini.

Jika anda memberikan maklumat peribadi yang boleh dikaitkan dengan anda kepada Aplikasi, kami mungkin menggabungkan maklumat berikut dengan maklumat lain yang dipungut secara aktif kecuali dinyatakan secara spesifik ketika pungutan. Kami akan mengambil langkah-langkah bertanggunjawab bagi mengelakkan maklumat peribadi yang boleh dikaitkan dengan anda daripada digabungkan dengan maklumat yang dikumpul secara pasif, kecuali dengan kebenaran anda.

Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi yang boleh dikaitkan dengan anda kepada rakan niaga di seluruh dunia yang bersetuju untuk mematuhi Dasar Privasi. Sebagai tambahan, kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi yang boleh dikaitkan dengan anda kepada pihak ketiga, yang berada di Malaysia dan/ atau mana-mana negara, tetapi terhad kepada:

  1. kontraktor yang kami yang berfungsi untuk menyokong perniagaan (misalnya, perkhidmatan pencapaian, sokongan teknikal, perkhidmatan penghantaran, dan institusi kewangan), yang mana kami memerlukan pihak ketiga tersebut bersetuju untuk mematuhi Dasar Privasi ini;
  2. berkaitan dengan penjualan, penyerahan, atau pemindahan lain dari perniagaan Aplikasi yang mana maklumat itu berkaitan, yang mana kami akan memerlukan mana-mana pembeli yang berkaitan bersetuju untuk mematuhi Dasar Privasi ini; atau
  3. Jika dikehendaki oleh undang-undang, perintah mahkamah, atau peraturan-peraturan kerajaan.

Sebagai tambahan, kami akan memaksimakan penggunaan maklumat yang diperolehi daripada Aplikasi yang bukan dalam bentuk maklumat peribadi yang boleh dikaitkan dengan anda.

Kami akan melindungi maklumat peribadi anda dengan penuh berhati-hati tanpa menjual/ mendedahkan kepada mana-mana pihak ketiga tidak dikenali yang lain. Facebook hanya satu saluran yang kami gunakan untuk mempamerkan Aplikasi kami dan untuk mengumpul maklumat peribadi anda. Oleh itu, Facebook tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan maklumat yang kami kumpul daripada anda melalui Aplikasi dan Facebook tidak akan dapat mendapatkan maklumat anda daripada Aplikasi kami.

Akses dan Pembetulan
Untuk memastikan maklumat peribadi anda tepat, terkini dan lengkap, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah. Kami akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengemas kini atau membetulkan maklumat peribadi yang ada dalam simpanan kami yang anda pernah kongsikan melalui Aplikasi.

Keselamatan
Kami mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi maklumat peribadi anda seperti maklumat yang dihantar dari komputer anda ke laman web kami dan untuk melindungi maklumat daripada kehilangan, penyalahgunaan dan akses yang tidak dibenarkan, pendedahan, pengubahan, atau kemusnahan. Harus diingat bahawa tiada transaksi Internet yang 100% selamat atau bebas daripada kesilapan. Khususnya, e-mel yang dihantar kepada atau daripada Aplikasi mungkin mempunyai risiko tidak selamat, dan oleh itu anda perlu mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan tentang jenis maklumat yang anda hantar kepada kami melalui e-mel. Lebih-lebih lagi, di mana anda menggunakan kata laluan, nombor ID, atau ciri-ciri akses khas lain di Aplikasi, adalah menjadi tanggungjawab peribadi anda untuk melindunginya.

Pautan ke Lain-lain Aplikasi
Aplikasi kami mungkin mengandungi pautan atau rujukan kepada Aplikasi lain. Harap maklum bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap Aplikasi lain dan bahawa Dasar Privasi ini tidak merangkumi Aplikasi tersebut. Kami menggalakkan anda untuk membaca dasar privasi bagi setiap Aplikasi yang anda layari.