. TERMA & SYARAT .

Terma dan Syarat Peraduan Kotex 1 Minit SelfV

  • Peraduan ini dibuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas bermula dari 1 September, 2014, kecuali kakitangan dan keluarga terdekat Kimberly-Clark Trading (M) Sdn. Bhd. (“Penganjur”), syarikat-syarikat bersekutu, ejen-ejen, wakil-wakil dan agensi- agensi pengiklanan dan promosi jualan masing-masing.
  • Peraduan akan berlangsung selama 6 minggu bermula dari 1 September 2014, hingga 10 Oktober 2014. Tarikh tutup untuk penyertaan adalah pada 10 Oktober 2014.

Cara Penyertaan:

  • Sertai melalui muat naik:
    • Log masuk dengan Facebook untuk menyimpan maklumat anda
    • Muat naik gambar SelfV ke laman web kami
    • Pastikan gambar SelfV anda mempunyai tanda ‘V’, hashtag #Kotex1MinSelfV dan kapsyen yang kreatif
    • Isi dan melengkapkan borang penyertaan
  • Sertai melalui Twitter/Instagram:
    • Pastikan tetapan akaun Twitter dan Instagram membenarkan akses kepada orang awam
    • Pastikan gambar SelfV anda mempunyai tanda ‘V’, hashtag #Kotex1MinSelfV dan kapsyen yang kreatif
    • Log masuk dengan Facebook untuk menyimpan maklumat anda di laman web kami
    • Daftarkan handle Twitter atau Instagram, dan melengkapkan borang penyertaan
  • Peserta dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka suka dan setiap peserta akan berpeluang untuk memenangi maksimum satu (1) hadiah sahaja.

Untuk melayakkan diri anda, penyertaan yang dihantar haruslah:

  • Memuaskan semua kriteria yang ternyata di bawah ‘Cara Penyertaan’.
  • Tidak menggunakan perkataan yang tidak wajar atau meletakkan sesiapapun dalam keadaan yang tidak wajar, menyinggung perasaan, atau situasi yang berbahaya (ditentukan oleh budi bicara Pihak Penganjur). Penyertaan seperti ini akan dikeluarkan dan dipadam oleh Pihak Penganjur tanpa sebarang notis.
  • Pengadil akan menentukan kedudukan penyertaan berdasarkan kreativiti, hashtag dan SelfV yang terbaik.
  • Panel hakim mempunyai hak untuk membatalkan penyertaan slogan yang tidak wajar atau penyertaan dari akaun hantu Twittter, Instagram atau Facebook.
  • Keputusan para hakim adalah muktamad dan segala bantahan tidak akan dilayan.
  • Tidak ada peluang untuk menarik balik sebarang penyertaan dari Peraduan, kecuali sekiranya Pihak Penganjur menentukan untuk berbuat demikian.

Hadiah:

  • Hadiah-hadiah untuk dimenangi:-
    • Hadiah Utama x 3
      • Baucar melancong bernilai RM3000 kepada tiga (3) SelfV terbaik dan kreatif
    • Hadiah Penyertaan x 30
      • Baucar beli-belah Fashion Valet bernilai RM100 untuk setiap SelfV ke-50
  • Peserta ke-50 yang dipilih dihendaki menjawab satu soalan dengan betul ketika Pihak Penganjur menghubungi peserta untuk layak memenangi Hadiah Penyertaan. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) kali percubaan atau salah menjawab soalan, Hadiah Penyertaan akan dibawa ke hadapan peserta ke-50 seterusnya.
  • Pemenang hanya boleh memenangi hadiah sekali sahaja sepanjang tempoh peraduan ini.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, para Peserta memberikan kebenaran kepada Pihak Penganjur serta agensi-agensinya untuk menggunakan Kerja, nama serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan awal atau perkaitan dengan Peserta. Peserta juga bersetuju bahawa Penganjur dan ejen-ejen Penganjur dan penerima serah hak untuk menggunakan dan menghasil semula Kerja (dan mana-mana bahagian setimpal dengannya) untuk apa-apa sahaja tujuan di seluruh dunia, yang berkatian dengan promosi dan penjualan produk-produk dan perkhidmatan di mana-mana wilayah geografi di seluruh dunia tanpa sebab sekatan. Para pemenang juga mungkin dikehendaki menghadiri upacara penyampaian hadiah atau menyertai program publisiti.
  • Hadiah tidak boleh ditukar hak milik dan / atau ditukar ganti dan bukan untuk dijual. Wang tunai tidak akan ditawarkan sebagai alternatif. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggantikan mana-mana hadiah yang telah dinyatakan di atas dengan hadiah yang sama nilai tanpa pemberitahuan awal. Bagi mengelakkan keraguan, jika Pemenang Peraduan tidak dapat menerima Hadiah, Penganjur berhak memilih pemenang terdekat di dalam senarai mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya dan dalam perihal ini, Pemenang yang tidak dapat menerima Hadiah tidak boleh mengemukakan apa jua tuntutan terhadap pihak Penganjur.

 Peserta:

  • Memastikan penyertaan atau mana-mana bahagian dari (Kerja) adalah asli dan tidak ditiru keseluruhan atau sebahagian dari mana-mana mereka yang hidup atau mati;
  • Memastikan bahawa peserta adalah pemilik mutlak Kerja (dan semua Hak Harta Intelek (Intellectual Property Rights) dalam Kerja); dan mengisytiharkan bahawa sepanjang pengetahuan dan kepercayaan, Kerja tidak melanggar Hak Harta Intelek (Intellectual Property Rights) mana-mana pihak ketiga. Hak Harta Intelek (Intellectual Property Rights) bermaksud semua hak cipta, rahsia perniagaan, maklumat sulit, cap dagangan, reka bentuk, paten, nama dagangan atau hak proprietari sehingga kepada pendaftaran hak tersebut.
  • Peserta bersetuju untuk melindungi Penganjur daripada semua kerosakan dan tuntutan (termasuk caj guaman) yang timbul atau diakibatkan daripada pelanggaran representasi atau waranti di atas.
  • Pihak Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini sekiranya ia tidak dapat berjalan seperti yang dirancangkan, mengalami gangguan atau kerosakan teknikal, tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa-apa sebab di luar kawalan Pihak Penganjur.
  • Pihak Penganjur berhak untuk mengganti sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, ditukar untuk nilai mata wang ataupun dikembalikan.
  • Pihak Penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau mengubah Terma dan Syarat Peraduan pada bila-bila masa tanpa membuat kenyataan kepada mana-mana pihak.
  • Pihak Penganjur, Twitter, Instagram dan Facebook tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kehilangan atau kecederaan para peserta atau orang perseorangan yang berhubung kait dengan Peraduan ini.
  • Pihak Penganjur, Twitter, Instagram dan Facebook tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang dakwaan, kehilangan atau kerosakan yang timbul dari atau terkait dengan penyertaan dalam Peraduan ini atau  penggunaan mana-mana hadiah. Penyertaan peserta adalah di bawah tanggungjawab para peserta itu sendiri.
  • Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk tertakluk kepada Terma & Syarat rasmi dan keputusan yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.
  • Kesemua kos pengangkutan, cukai, kos peribadi atau lain-lain yang wujud ke atas peserta terlibat dalam Peraduan dan penebusan hadiah adalah di bawah tanggungjawab para peserta.
  • Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak, dalam budi bicaranya, untuk mengesahkan dan memeriksa ketulinan penyertaan-penyertaan bagi membatalkan mana-mana penyertaan yang disyaki  menyalahgunakan proses penghantaran Peraduan, operasi Peraduan, yang mengemukakan penyertaan yang tidak di dalam selaras dengan Terma dan Syarat atau yang melanggar terma dan syarat Facebook. Pihak Penganjur berhak untuk mengambil   tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang dipercayai telah melakukan kegiatan penipuan atau kegiatan-kegiatan lain yang berbahaya terhadap Peraduan ini.
  • Peserta bersetuju bahawa data peribadi, terutamanya nama, boleh diproses, dikongsi dan  digunakan untuk tujuan dan dalam konteks Peraduan. Data peribadi Peserta juga boleh digunakan oleh Pihak Penganjur dan ejen-ejennya untuk mengesahkan identiti peserta, alamat pos, dan nombor telefon atau sebaliknya untuk mengesahkan kelayakan peserta menyertai Peraduan ini, dan menyebarkan bahan promosi terkait dengan produk-produk Kimberly-Clark. Peserta juga bersetuju bahawa Penganjur boleh berkongsi data peribadi yang terkait dengan anda kepada pihak ketiga, yang berada di Malaysia dan/atau mana-mana negara: (i) untuk membantu pentadbiran dan pengurusan Peraduan ini dan membantu penyebaran produk-produk promosi yang berkaitan dengan produk-produk Kimberly-Clark kepada anda; atau (ii) jika diperlukan perlu oleh undang-undang yang tersabit, perintah mahkamah, atau peraturan-peraturan ditetapkan kerajaan.
  • Peserta mempunyai hak untuk mengakses, melihat, mengedit atau membatalkan sebarang data peribadi dalam simpanan Penganjur dengan menghantar mesej peribadi ke Marketing.My@kcc.com
  • Promosi ini tidak dalam apa bentuk pun ditaja, disahkan atau ditadbirkan, atau berkaitan dengan Twitter, Instagram dan Facebook. Anda memberikan maklumat anda kepada Pihak Penganjur dan bukannya Twitter, Instagram dan Facebook.
  • Semua Terma & Syarat adalah dilindungi oleh undang-undang Malaysia.
  • Untuk pertanyaan, sila hubungi talian hotline 1800 82 1188 (Isnin – Jumaat, 9 pg – 5 ptg) atau e-mel: Marketing.My@kcc.com